muhammad luqman

hanna azman

Khamis, 5 Januari 2012

Alhamdulillah....lahirnya permata hati ke TIGA....

Assalamualaikum..... syukur alhamdulillah ummi selamat bersalin, baby girl pada 23122011 di kpj penang specialist hospital, bandar perda, bukit mertajam....

diberi nama Husna Binti Azman..... berat bby 2.97kg.... alhamdulillah ketika bersalin suami ada disisi menemani ummi.... mmg itu yg ummi dan suami rancangkan... ummi jangka bersalin 6.1.2011... kira bersalin awal 2minggu.. suami sampai penang hari khamis, hari jumaat dah bersalin.....

husna di hari ketiga.....

11 hari berpantang di rumah mentua..... sebelum suami balik ke labuan, suami hantar ummi dan anak ke rumah kakak ummi....sambung bpantang di sini la....

sampai sini dulu yer......nanti2 ummi sambung lg.... wassalam.....

Sabtu, 21 Mei 2011

syukur...Alhamdulillah....

selamat  hari sabtu..... sebenarnya seminggu 2 ni mood ummi mmg xmenentu.....  nak join cgl pun xde semangat.... bkn sj nak join cgl tp nak buka laptop pun xmau.... ini lah penangan pembawakan bdk..... hihi... sebenarnya masih baru lg... baru sebulan.... alahan yg agak teruk membuatkan saya tiada mood.... barang2 pun xkemas lg... tinggal seminggu lebih je lg, kami nak terbang..... harap semuanya berjalan lancar..... INSYAALLAH....

Rabu, 11 Mei 2011

labuan - klia (flight) kl - penang (kereta)

dijangka penerbangan 2hb.... kali ke dua la naik MAS.... dah tu kena la bertolak seawal 5 pagi dr rumah sbb flight pagi..
 Malaysia Airlines
dah 8 bulan hubby keja xpernah minta cuti...


kali ni bos besar bg cuti 2 bulan....dah alang2 nak masuk bulan posa, hubby mohon tambah sebulan lg.... xtau la dpt ke x....hihi.... baru puas cuti kan.... nanti dah sampai kl, adik ipar tunggu dgn keta yg 8 bulan kami tinggal di semenanjung.... harap2 masih mcm dulu la keta tu.... hiihii..... 


nanti bila dah balik kg....xtau la blh berblog ke x... sbb kat kg line xberapa nak elok.... 

Selasa, 10 Mei 2011

KELEBIHAN MEMOTONG KUKU DAN CARA MEMAKAI CINCIN


~KELEBIHAN MEMOTONG KUKU~    

 RASULULLAH S.A.W BERSABDA : Barang siapa yang mengerat kukunya pada;   Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit   Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan   Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat   Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit   Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.   Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit..   Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.   Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara SEKANDANG KHINZIR !! jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.Bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua binatang tersebut.Potonglah kuku tu.. ^ ^   JANGAN ADA NIAT SIMPAN KUKU PANJANG ! ! walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah TIDAK SESUAI berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.   Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.   PERCAYALAH !!   Untuk yang bujang beringat lah.Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek.Insya-Allah.   Mengenai kelebihan pemotongan kuku.. hadis kelebihan memotong kuku seperti diatas datangnya dari Iman Ghazali yang mana ianya adalah hadis dhaif.   Tiada hadith-hadith yg sahih mgenainya.. walau pun tiada bukti kesahihannya,namun ianya tidaklah memudaratkan dan kalau ianya benar.. SubhanAllah!! besar nikmatNya..   wallahu a'lam..   Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:   Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."   Memotong kuku ini termasuk didalam sunan al-fitrah,atau pun perkara biasa yang mesti dilakukan oleh seseorang muslim.Dari Anas meriwayatkan bahawanya:    "Dia (Nabi saw) telah memberikan waktu kepada kami agar 'trim' misai kami, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan; kita tidak dibenarkan meninggalkannya lebih dari 40 hari" [Hadith Riwayat Muslim 258].   Hadith sahih ini menjelaskan tempoh maxima seseorang untuk memotong kuku adalah tidak lebih dari 40 hari.   Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia,iaitu E-Coli.Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun.Oleh itu,sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.Ini tak termasuk korek taik hidung,telinga dan sewaktu dengannya.Sekarang ni ramai yang pakai cincin.Tapi ikut suka dia je... SUNNAH NABI JARANG NAK IKUT ! ! ^ ^ 

~CARA MEMAKAI CINCIN~     
  
NASIHAT Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali KWJ. Sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan,Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:     
  1] JARI MANIS   2] JARI KELINGLING (ANAK JARI)   
Dan JANGAN MEMAKAI PADA JARI,   1] JARI TENGAH   2] JARI TELUNJUK   Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah MENIRU cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu KAUM YANG DERHAKA DI ZAMAN NABI LUT A.S.   PERHATIAN ! ! !   Cara memakai cincin adalah termasuk LELAKI atau pun PEREMPUAN.   
saudara dan saudari,sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam,kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah SWT.Nabi SAW. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw.. senang je kita dapat PAHALA... ^____^   DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU. INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH.

Ahad, 8 Mei 2011

mengapa ibumu menangis???

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,
"Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:
01."Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
02."Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
03."Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
04."Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
05."Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
06."Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "
07."Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."
Tahukah kamu? Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada.
Penerbitan & kemaskini semula artikel laman versi 01 oleh aeyie®Sumber Grafik: http://duestinae89.wordpress.com/
saya copy dr iluvislam

Sabtu, 7 Mei 2011

rambut dan usia....

assalamualaikum.....
pg ni nak cerita pasai rambut puteri saya....si hanna...
selepas cukur masa bby iaitu hari ke 7 dilahirkan sampai sekarang, xpernah potong rambut belakang hanna... selalu potong rambut depan jer... hanna pun xmau potong rambut belakang dia...
jom la tgk rambut dr 19 hari hingga sekarang hihi....


ni masa hanna umur 19 hari maksudnya 12 hari lps cukur... rambut hanna dah ada sikit2....


yg ni setahun 5 bulan....


yg ni setahun 11 bulan


yg ni 2 tahun....


yg nie 2 tahun 6 bulan


yg ni 3 tahun 2 bulan


yg nie 3 tahun 4 bulan


3 tahun 8 bulan...
yg ni yg terbaru....ambil masa cuti hari pekerja baru2 nie....

susah sebenarnya nak jaga rambut panjang nie... pernah sekali masa di kg kena jangkitan kutu.... jenuh jugak la nak hilangkan kutu tu....huhu...hampir2 nak potong je rambut hanna....tp sayang kan dah panjang.... kena byk sabar la kan.... boh syampoo untuk buang kutu... lani alhamdulillah...dah lama dah xdak...

sekian...terima kasih....


Jumaat, 6 Mei 2011

bila hanna mula mnulis.... :)

assalamualaikum.....pembuka bicara.....
ni lah salah 1 xtvt hanna....
alhamdulillah....
hanna setahun lbh dah pandai mengira 1,2,3,4,5...
2 tahun lbh.... 
hanna dah boleh ingat dan kenal huruf alif, ba, ta hingga ya...
huruf A,B,C hingga Z
1 hingga 10
one to ten
sekarang 3 tahun lebih...
dah boleh menulis, mengenal bentuk, warna, binatang
dlm bhs melayu juga english
syukur Alhamdulillah....


ceria saja muka si hanna bila ayah belikan buku....




* ummi berdoa agar hanna berjaya di dunia jua di akhirat.... amin.... *